Wednesday, August 26, 2015

Iklan : Candy Buffet sekitar Lembah Klang

 Sesiapa yang mencari perkhidmatan candy buffet, boleh lah contact dengan cikbunga.ig ni yer...ni nombor telefon beliau 013-3328038..sila lah wassap..kalo nak kol,kol lah bukan time opis hour yer....





Tuesday, August 4, 2015

Miles from Tomorrowland

Sabtu lepas aku berpeluang ke majlis pelancaran program baru anjuran Disney "Miles From Tomorrowland". Citer yang berunsur angkasa lepas, ada unsur sains sikit. Sesuai la untuk budak budak kan. Kira nya cerita bermanfaat bukan la kartun biasa yang xde unsur pengetahuan langsung.

So sempena pelancaran program ni, ada peraduan ok untuk korang semua..Ni sapa yang dah bergelar emak2 aje la..xpon nak buat tok anak buah pon boleh ajer...

Cara nak sertai peraduan tu senang ajer. Ibubapa perlu melayari laman sesawang – Disneyjunior.asia – dan muat turun Miles from Tomorrowland Space Adventurer E-kit yang bukan sahaja menampilkan helaian aktiviti menyeronokkan tetapi juga panduan lengkap cara untuk mencipta Starjetter. Foto Starjetter paling kreatif yang dihantar akan memenangi gelaran “Disney Junior’s Space Adventurer” dan akan disiarkan di saluran ini.

Paham x ni?? Pergi aje dulu dekat website disneyjunior.asia. Peraduan bermula dari 17 Julai 2015 hingga 14 Ogos 2015; Tayangan perdana siri baharu bermula 9 pagi, 17 Ogos, Isnin, dan disiarkan setiap Isnin 9 pagi (Astro 613) 



.......................................................................

Sedikit sinopsis untuk pembaca kesayangan belog ahkak!



“Miles from Tomorrowland” Disney Junior, siri pengembaraan antara galaksi, dilancarkan pada 17 Ogos jam 9 pagi di Disney Junior (Astro Channel 613). Program baharu untuk kanak-kanak berusia 2-7 tahun ini menggabungkan fakta unik tentang angkasa dan sains tatkala mengikuti misi pengembara muda Miles Callisto dan keluarganya ke angkasa lepas.

Keluarga Callisto terdiri dari Ibunya dan Kapten kapal, Phoebe; Ayahnya jurutera mekanik, Leo; kakaknya Loretta pakar teknikal dan kawan baik, Merc, ‘robo-ostrich’. Mereka bersama-sama menerokai galaksi baru yang dipenuhi dengan makhuk asing, kenderaan angkasa lepas dan alat berteknologi tinggi yang aneh. Mereka akan membawa penonton muda dan keluarga mereka mengharungi perjalanan ke masa depan, dan pada masa yang sama mengingatkan mereka tentang apa yang perlu diperkukuhkan – ikatan keluarga.

Sempena pelancaran siri ini, pencarian untuk ‘Disney Junior’s Space Adventurers’ seluruh Asia Tenggara kini bermula! Kanak-kanak berusia 2-7 tahun digalakkan untuk mencipta Starjetter mereka sendiri – kapal angkasa penyelidik yang digunakan oleh keluarga Callisto sewaktu perjalanan mereka ke angkasa lepas. Keluarga di Malaysia juga boleh mengunjungi Petrosains, The Discovery Centre di Tingkat 4, Suria KLCC bermula 1 Ogos 2015 untuk menyertai aktiviti istimewa bertemakan Miles from Tomorrowland!









Angkasawan versi kg puah..miahahahahaha

Monday, August 3, 2015

Alhamdulillah

Keje kat ofis x bz sangat..aku ni hanya akan super bz quarterly je..sbb wat komisen mcm2 jenis brand...skang ni tgh wat label candy tok besday anak kawan aku...nk buat candy buffet tema robocar poli...nnti aku tunjuk korang yer hasil nya...kalo ada member2 blogger nak buatc andy buffet.leh la roger2 yer...aku baru je bertapak lam bidang candy buffet ni...hehehehehehe...