Monday, May 30, 2016

FINDING DORY: Program sempena cuti sekolah di Sunway Pyramid dan SunwayPutra Mall

Alhamdulillah. Semalam berkesempatan ke Sunway Pyramid. Nampak plak kat LG2 Blue Concourse tu ada Finding Dory activities sempena cuti sekolah ni. Finding Dory ni new movie yang akan keluar 16 Jun ni....So sempena cuti sekolah ni, Sunway pyramid ada buat aktiviti khas tok anak-anak kita...Seronok weh...Kemahen dak Adam ni ligat tol dia tang main2 ni...

Sunway Pyramid, Blue Concourse LG2 - 27 May -19 June
Sunway Putra Mall, GF Main atrium - 27 May - 12 June

Apa yang bestnya??

For kids, they have to complete all 3 activities. Mula-mula,korang register dulu and your kids have to complete all 3 activities and collected 3 stamps then boleh la redeem untuk dapat free sticker book (Finding Dory).

Ada underwater maze, which is korang kena find Dory yang tersorok dekat maze tu. Lepas tu ada coloring station, and last ada fishing. Tapi bukan fishing the fish, kena fishing the trash..kihkihkihkih..so each activity kids akan dapat stamp so collect 3 stamps baru boleh redeem sticker book.

dah lama sangat ko mancing xdapat, bak sini ibu tolong.....kahkahkahkah


amboii suka ko yerr

ko kaler lambat nau adam, meh ibu setelkan..hahahahahha




So korang apa tunggu lagi, yang ada anak kecik tu leh la bwk diorg ke Sunway Pyramid or Sunway Putra Mall...

Sunway Pyramid, Blue Concourse LG2 - 27 May -19 June
Sunway Putra Mall, GF Main atrium - 27 May - 12 June

Friday, May 27, 2016

Dari minat terus jadi punca pendapatan sampingan

Alhamdulillah...Meh nak cerita sikit. sebenarnya xterlintas pon nak buat candy buffet sebagai pendapatan sampingan...Idea nk buat candy buffet ni datang dari Aziah...member teknik aku..dia memang ada buat photo booth..and one day, dia ajak aku buat candy booth...combine pakej dengan photo booth dia..so aku mcm ok gak kan....hujung minggu leh gak dpt duet sampingan..

And lama2 minat tu datang..harap maklum yer,aku memang langsung xkretip....jenuh lah aku gugel gambo candy buffet carik ideas....sebab diri sendiri memang xkretip....so bile lama-lama, minattu sendiri datang....

Alhamdulillah, rezeki dr candy buffet pon boleh tahan gak...walaupon mcm2 ragam customer aku nak melayan..agaknya customer aku ni xtau kot yg candy buffet ni aku wat part time, bukan full time...suka sangat konfem last minit..yang terbaru ni event esok ni,,malam semalam baru konfem dan siap bayar..Ya Allah hai,,punya la last minit, terok la laki aku bising.....dia la yg bising sbb kena bwk aku gi sana sini beli barang bagai...ni tadi last minit plak kabo nk alas meja mcm mana..Lagi sekali aku heart attack..hahahahhaha...kak non oi,,udah ler konpom last minit, jangan la request macam2...

Memang macam2 ragam weh customer..Beruntung sangatlah aku kalau dapat customer yg jenis xkesah..ni memamng aku suka...sempoi...aku kalau suka customer gini,kadang2 tu aku sendiri belikan gula lebih dari apa yg aku offer lam pakej..sebab seronok tau dapat customer macam gini...dia percaya kan kita..dia percaya kan hasil kita....

Korang-korang yang baca post ni, meh la pakat pakat follow aku kat Instagram @cikbunga.ig. Xpon korang klik je kat sidebar instagram belah kanan ni....klik follow okeh..








Wednesday, May 25, 2016

Dasar BINATANG!!!Al Fatihah untuk Eno Farihah

Allahuakbar...Semalam baca blog kak Peej, baca post yang perempuan di Indonesia kena rogol tu...Aku ada perasan lagi sejak last week kat Facebook, tapi cam biasa la..aku kalo post2 gini kat Facebook, aku xbaca okeh...laju2 scroll bawah..dah la hanpon ni dia autoplay video facebook..gilerrr...siap ada lakonan semula tu..

Kenapa kejam sangat ni...bagi aku hukuman mati xwajar...sewajarnya dikenakan benda yang sama..sebab arwah Enno Farihah sebelum meninggal, allahukabar, betapa seksa dan sakitnya dia menahan seksaan binatang2 ni semua..hukuman mati begitu sahaja xsetimpal dengan apa yg Eno rasa...

Tapi x apalah, Allah maha adil..Di dunia boleh terlepas, di akhirat jangan haraplah kau boleh terlepas....

Ada jugak manusia yang tergamak buat macam ni kan..

Meh nak share sikit..credit to blog kak Peej and Beautifulnara

Nah kronologi:

Tiga Pelaku Peragakan 34 Adegan Semula Kes Pembunuhan Sumbat Tangkai Cangkul
Eno Farihah 18 tahun seorang gadis pekerja kilang pelastik Tangeran yang dibunuh dengan kejam oleh tiga lelaki yang salah satunya masih dibawah umur.
Selain dibunuh dengan cara sadis mangsa juga mendapatkan luka kekerasan seksual tiga tersangka yakni rahmat 15 tahun arif 24 tahun buruh kilang imam hapriadi 23 tahun.
Difahamkan sebelumnya ketiga pelaku masing masing tidak mengenali satu sama lain namun ketiganya memiliki ketertarikan yang sama dengan mangsa eno parihah.
Lalu bagaimanakah pembunuhan itu berlaku.berikut 34 adengan yang di lakonkan semula oleh ketiga pelaku.


1.Kamis 12 mei 2016 sekitar jam 23:30 rahmat kekasih mangsa berjanji akan bertemu dirumah sewa mangsa di jatimulya.
2.Mangsa mengenal rahmat baru satu bulan dan saling berhubungan melalui Sms dan chat facebook.
3.Mangsa membuka sedikit pintu masuk pagar rumah depan.
4.Setelah rahmat sampai ,mangsa memberi kode untuk masuk
5.Rahmat kemudiaN masuk ke bilik mangsa (cuaca ketika itu hujan)
6.Pasangan berbincang sekitar 30 minit.
7.Selanjutnya mangsa dan rahmat bercumbu.
8.Rahmat meminta untuk mengadakan hubungan intim,namun ajakan itu ditolak oleh mangsa karena takut hamil.
9.Rahmat kesal karena ajakannya ditolak,kemudian ia keluar dari rumah mangsa.
10.Saat rahmat keluar dia bertemu dengan pelaku bernama arif di halaman rumah mangsa
11.Arif kemudian bertanya punca keberadaan rahmat di rumah mangsa
12.Rahmat menjawab bersama indah(nama samaran yang di gunakan oleh mangsa bersama rahmat)
13.Ketika rahmat disoal siasat arif mengenai siapa indah,imam kemudian datang dan bertanyakan hal yang sama.
13.Jumaat 13 mei jam 00.15 arif dan imam mengajak rahmat masuk kedalam rumah mangsa untuk memastikan siapa indah yang dimaksutkan rahmat,karena arif dan imam tidak kenal image orang yang bernama indah.
14.Rahmat mengikuti imam dan arif dari belakang menuju ke bilik mangsa.
15.Ketika ketiganya sampai dalam bilik,mereka mendapati mangsa tidur hanya dengan mengenakan baju tidur tanpa selimut,(Sekaligus imam dan arif terkejut ,orang yang bernama indah yang rahmat maksutkan adalah eno parihah)
16.Berang dengan kenyataan itu pelaku imam langsung mendekap wajah mangsa dengan bantal.
17.Imam kemudian menyuruh rahmat mencari pisau di dapur rumah.
18.Sementara rahmat mencari pisau,mangsa dirogol oleh arif,manakala imam memegang mangsa dan menutup mulut mangsa menggunakan kain.
19.Setelah arif selesai merogol mangsa,rahmat kembali dengan membawa cangkul dan memberikannya kepada arif
19.Kemudian Rahmat juga merogol mangsa.
20.Mangsa ketika itu dipegang oleh arif dan imam.
21.Setelah selesai Arif kemudian memberikan cangkul itu pada rahmat ,dan menyuruh rahmat untuk memukul mangsa dengan cangkul tersebut.
22.Tanpa teragak agak Rahmat kemudian memukul mangsa dengan bagian belakang besi cangkul, tepat di wajah mangsa hingga percikan darah keluar dan mengalami luka terbuka.
23.Melihat pencikan darah yang keluar ke 3 pelaku kemudian keluar dari dalam bilik karena merasa jijik dan mual.
24.Kemudian ketiga pelaku kembali semula kedalam bilik untuk memastikan mangsa sudah meninggal atau masih hidup.
25.Ketika Mereka masuk didapati mangsa sudah tidak bermaya namun masih benafas.
26.Selanjutnya kedua tangan mangsa di naikkan keatas oleh imam ketika itu arif menggigit kedua buah dada mangsa.
27.Sementara pelaku rahmat menyuruh arif untuk memegang kaki mangsa dan membukanya hingga ke posisi mengangkang.
28.Setelah posisi mangsa mengangkang, pelaku rahmat memasukkan tangkai cangkul ke lubang kemaluan mangsa.
29.Manakala ketika itu imam menikan Wajah mangsa dengan menggunakan sudu garpu.
30.Setelah tangkai cangkul masuk sedikit,kemudian rahmat menendang tangkai cangkul itu hingga hampir keseluruh tangkai cangkul masuk kedalam tubuh mangsa.
31.Ketiganya kemudian pergi ke bilik mandi secara bergiliran untuk membersihkan percikan darah mangsa yang melekat di baju dan muka serta tangan.
32.Setelah selesai Rahmat kemudian mengambil handphone mangsa.
33.Imam dan irif kemudian keluar,rahman mengunci pintu rumah depan dari dalam,selanjutnya pintu bilik mangsa,kemudian ia keluar dari jendela bilik mangsa dibantu oleh imam dan arif.
34.Kemudian ketiga tiga pelaku balik kerumah masing masing.


Otak aku xboleh nak hadam dengan kekejaman tiga ekor ni..tergamaknya engkau...busuk nya hati engkau...mana pergi sifat belas kasihan..mana pergi sifat kasih ko...
Tuesday, May 24, 2016

KIDZANIA - BAKAL SAINTIS DAN PEREKA DIJEMPUT UNTUK MENEROKAI MASA DEPAN!

Assalamualaikum.. Haa cuti sekolah nak dekat kan.. So bermula 28 May 2016 - 12 June 2016, moh kita ke Kidzania. Ada program khas sempena cuti sekolah. Program KidZ & Tech.

Melalui program ini, kanak-kanak boleh menyertai siri bengkel interaktif, lakon peranan bertema dan aktiviti dalam talian untuk menerokai masa hadapan.


Keseluruhan program ini terdiri daripada aktiviti-aktiviti yang direka untuk mencetuskan inspirasi bagi menarik minat kanak-kanak dalam bidang sains dan teknologi. Secara asasnya, aktiviti-aktiviti ini bertujuan untuk membantu kanak-kanak meningkatkan kemahiran menyelesaikan masalah dan pemikiran pengkomputeran yang juga akan membantu mereka apabila dewasa kelak.

"Kanak-kanak hari ini menggunakan teknologi dengan pelbagai cara berbeza untuk berinteraksi dengan rakan sebaya dan mempelajari kemahiran-kemahiran baharu. Kita mampu menarik minat kanak-kanak ini dengan menyediakan persekitaran pembelajaran yang menyeronokkan menerusi Program KidZ & Tech," kata Susanah Abdul Rani, Gabenor KidZania Kuala Lumpur.

Bak kata Gabenor KidZania sendiri, persekitaran pembelajaran tu penting, itu yang boleh menarik minat bebudak ni dalam pembelajaran....So parents, jom bawak anak-anak ke KidZania okeh...yang mummy bleh singgah ke Ikea. Kita tinggalkan kaum bapa je kawal anak-anak kat sana..miahhahahaha






Nah alamat:

KidZania Kuala Lumpur
Curve NX
18 Jalan PJU 7/5,
Mutiara Damansara,
47810 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan, Malaysia

Sapa BLOGGER sendu angkat tangan!!!!

Tu diaaa tajuk post... saje wat tajuk gitu bio semangat sikit semangat nak berblogging. Lately ni aku kemahen malas nak bekerja weh. Rasa mcm nak taip je surat resign pastu wat muka blurr bagi je kat amoi ni...xkoser dah nak keje sini..dah xde hati nk keje sini.dah xde keikhlasan dalam bekerja dah..

Dah berpuluh puluh ak anto resume. Ke gomen, ke swasta xdapat pon yg kenan lagi ni ha...susah nau nak carik kerja time ekonomi gini..tu yang aku gigih bertabah lagi ni...tiap tiap hari seret kaki nak ke opis...

Kot la korang ad alubang lubang kerja leh la emel ke aku yer.. cikpuanfairul@gmail.com...nak leh la aku hantar resume...

So cam biasa, cuti minggu lepas xkemana pon. ada event candy buffet di USJ 1..buat di Masjid Al Irsyad..cantik masjid tu..satu yang aku suka, ada disediakan mesin air panas/sejuk tu...banyak ok...ada la lam 5 kot mesin air tu...alhamdulillah...

Semalam merajinkan diri buat cupcakes...So nanti ada event candy buffet,leh la aku wat sendiri ajer.xyah la order..cuma kena kemaskan lagi sikit la kan..xpe..lama2 improve la...practise makes perfect...




Ahad lepas setup table cnady buffet, kami ke Sunway Pyramid..beli baju dak Adam ni ha..baju semo dah sendat..pegi cotton on ada sale plak,rembat la kemeja and singlet..kemeja tu aku beli size 5, konon nak simpan tok raya..sekali balik umah aku try kat badan dia,alamak...ngam2 plak..alahaii beso nya badan anakibu..umo baru nak masuk 3 tahun..baju dah pakai size 5 tahun...

 Tu tengah kusyuk tu makan kentang lenyek KFC tu,,mata plak sambil nengok orang andi kat Sunway Lagoon tu...sebok ngajak nak mandi sama..alahai Adam, baru 2 minggu lepas kan kita pergi....


Sekian..nanti aku rajin aku hapdet lagi...
Friday, May 13, 2016

Weekend loading

Assalamualaikum.

Alhamdulillah Jumaat sudah. Al Fatihah untuk yang meninggalkan kita hari ini. Semoga arwah ditempatkan di kalangan orang yang  beriman..

So plan korang untuk minggu ni wt apa..aku ahad ni ada event candy buffet di Batu Caves. Semoga semuanya dipermudahkan..

Korang yang mana lom follow instagram aku tuh,rerajin kan la diri tekan button kat sidebar kanan tu...tekan follow ye.Insyallah aku akan folo balik..kot aku xfolo,korang komen je suh aku folo balik..no hal...

Nak bebel jap kt belog. kat mana lagi aku nak bebel selain dari blog sendiri..sejak dah bergelar mak ni,cepat nak terasa bile kat facebook nampak post anak2 kecik saket memacam...Allah..sedihnya la tengok...dulu aku tak gini weh..dulu hati kering..setakat cakap kesian kat bibir je..lepas tu xrasa pe dah...tapi biler ko dah ada anak sendiri, rasa pilu tu kemahen over...siap tadah tangan mendoakan kesembuhan lagi....lately ni pulak selalu la nampak macam2 post kt facebook ni..paling terkesan yang muntah darah tu..Allahuakbar...semoga mak bapak dia tabah...Allah x akan bagi ujian kepada yang tidak mampu...kita kuatkan dan tanamkan aje kata2 ini....

mohon yang baca belog aku ni,doakan lah keazaman aku untuk hapdet belog setaip hari...belog makin sendu weh..hahahahahahah
Kesayangan ibu babah




Tuesday, May 10, 2016

Mandi manda di Sunway Lagoon

Assalamualaikum. Cuti minggu lepas kami ke Sunway Lagoon. mana yang da tau tu, ada taman tema baru lam sunway lagoon..nickeledeon..nun jauh kena menapak..letih weh...bas yg kecik tu manjang full aje....

Tahun lepas 2 kali ke Sunway Lagoon. Tahun ni baru satu kali je..memintak la ada kali kedua..hahahahha..anak teruna dr dalam keta asek bezikir je kt telinga ibu nya haaa..nak mandi kolam..makan susu semo xnak....

Korang yang xtau nak kemana tu, leh la g mandi manda kt Sunway Lagoon ni..tiket masuk dewasa RM120..tp aku ada aeon credit card..so dpt le diskaun...dari RM120 jadi RM89..bnyk gak kan...

Muhammad Adam Danish. 2 tahun 7 bulan

ni kat nickeledeon them park tu la...tok bebudak kecik satu kolam ni je..tok ong beso bnyk la menan...pas main sini aku g tempat lama balik...lagi layan...heheehhehe


Wednesday, May 4, 2016

JJCM: Nasi Bamboo Sg. Klah, Sungkai

Alhamdulillah. Berjaya jugak hapdet belog.. Ni story last week. Cuti 3 hari so ke Ipoh la kami....Kitorang gerak pagi Sabtu,jem weh, gerak dr KL pukul 10 Pagi, sampai Ipoh pukul 8 Malam. Hebat sesangat.....Puas la kami keluo highway ikot jalan kampung, then masuk highway balik..pastu kuo blk ikot jln kampung....punoh harapan nak lunch kat Nasi Ganja...

Tapi tu la,,xde rezeki kat Nasi Ganja, rupa2 nya ada rezeki nak merasa nasi buluh..dah lama viral kat facebook, baru sekarang berpeluang merasa..tu pon sbb ikot jln kampung...kalo ikot highway, xlalu pon kat sini..

So komen aku, nasi sedap, kerabu sedap, ikan siakap bako sedap..cuma ayam tu kureng sket..keras,,,xlayan..overall aku puas hati...cuma tang air tu, mungkin perlu di perbaiki lagi..kaunter ain menyedihkan...servis lambat...tapi makanan memang sedap..wangi je bau nasi tu....


todiaaaa nasi bamboo....wangi...harga RM2.50 satu tu..sedap..

Siakap mabeles. xhanyir langsung...harga ayam dengan siakap bako ni RM42.00





Nasi Bamboo Sg Klah (dekat dengan jambatan, dari exit Sungkai tu,korang ke kanan. kalau x silap aku ler)
Address: Simpang Felda Sungai Klah, Sungkai, Perak
Phone:017-516 7592
Tuesday, May 3, 2016

LIFETIME MERAIKAN IBU-IBU MODEN CEKAL DENGAN PELBAGAI MINAT DALAM KEMPEN “MOTHER 2.0”

Assalamualaikum....

Haaaa Mothers Day la hari yang paling ditunggu tunggu seorang ibu..Dulu sebelum bergelar ibu, jenuh la pikir nak bg present apa kat mak..sekarang ni dah jadi ibu,jenuh plak aku berzikir kat telinga laki sndr...tolongla bagi hadiah..laki aii specila sikit ok...kita kena mintak,kalo xmintak memang xdapat lah gamaknya....hahahahahahha

So sempena Mother's Day ni, sepanjang kempen Mother's 2.0 ini, Lifetime Asia juga akan memaparkan rencana-rencana senarai ringkas di Facebook yang akan memaparkan aspek-aspek ibu-ibu Mother 2.0 daripada pelbagai sudut berbeza. Terdapat ide-ide pemberian hadiah Hari Ibu dan aktiviti-aktiviti menarik untuk ibu-ibu Mother 2.0, dan juga petikan-petikan kata dan maklumat untuk ibu-ibu moden!

Sertai kempen ini sekarang - hargai ibu-ibu Mother 2.0 dalam hidup anda yang memberikan erti sebenar menjadi seorang ibu - kongsi kata-kata hikmat Mother 2.0 Wisdom anda dengan mereka; galakkan mereka untuk turut berkongsi pengalaman mereka; sebarkan semangat positif menerusi kisah video dan rencana senarai ringkas Mother 2.0 yang penuh inspirasi.



So korang pikirlah kata-kata hikmah korang and pergi dekat Facebook Lifetime Asia  and komen dekat status Tiket Wayang Percuma itu..dapat 4 tiket free uolsss...moh cecepat...contest end 5th May


Ni contoh kata-kata hikmah...






Nah ni kata-kata hikmah Ibu Adam...hahahahahahaha...