Monday, November 14, 2016

Bincangkan!!!Tiada ruang mengepam di pejabat punca susu merundum?

Assalamualaikum. Wah tajuk tu macam mengundang dikecam aje kan...Tapi hakikatnya itulah pengalaman aku sendiri. Ingat yer. Ini pengalaman aku sendiri. Waktu yang terhad dari pukul 1 hingga 2 terlalu suntuk. Untuk pam susu, untuk solat dan untuk makan tengah hari.Terlalu suntuk untuk aku. Moh baca sikit artikel dari Anmum.


IBU-IBU YANG BEKERJA BERSUARA TENTANG KEBIMBANGAN DI TEMPAT KERJA
Hasil kaji selidik terbaharu beri penyelesaian untuk membantu para ibu menyeimbangkan kerja dan kehidupan selepas tempoh berpantang

Kuala Lumpur, 2 November 2016 – Sasaran negara bagi Kadar Penyertaan Tenaga Buruh Wanita (FLPR) iaitu sebanyak 59% pada 2020 dan sasaran sebanyak 30% untuk peranan wanita dalam membuat keputusan untuk sektor korporat menjelang 2016 jelas menunjukkan betapa pentingnya untuk mengekalkan dan memperkasa wanita supaya terus kekal bekerja. Terdapat banyak faktor yang menyebabkan wanita berhenti berkerja, namun sebab utama yang dinyatakan oleh 65% wanita Malaysia yang berhenti bekerja adalah untuk menjaga anak mereka.

Sebagai satu-satunya jenama tenusu yang menghasilkan produk khas untuk ibu-ibu yang menyusu, Anmum™ Lacta ingin menyokong para ibu sepanjang perjalanan mereka sebagai seorang ibu; salah satunya ketika mereka mengalami kesukaran mencari keseimbangan apabila kembali bekerja selepas berpantang sambil perlu menyusukan anak. Atas sebab itu, jenama ini ingin memahami bagaimana mereka boleh membantu mencari penyelesaian agar lebih ramai wanita yang baru bersalin dapat terus bekerja. Oleh itu, Kaji Selidik MummyTime telah dijalankan dengan lebih 360 ibu-ibu yang bekerja di Malaysia.

Hasil kaji selidik ini menunjukkan bahawa 79% ibu-ibu di Malaysia  tidak berpuas hati dengan sokongan dan kemudahan yang disediakan oleh majikan mereka apabila mereka kembali bekerja selepas melahirkan anak.

Para ibu yang menyertai kaji selidik ini turut menjelaskan beberapa penyelesaian yang boleh membantu mereka menyesuaikan diri dengan lebih mudah apabila kembali bekerja. Antaranya adalah aturan kerja fleksibel, subsidi bersalin dan penjagaan anak, cuti bersalin tambahandan kemudahan di tempat kerja yang paling mereka perlukan, iaitu bilik menyusu.

Tambahan lagi, hasil kaji selidik ini turut menunjukkan hanya 1 daripada 4 wanita mempunyai bilik menyusu di tempat kerja; hal ini menyebabkan ibu-ibu terpaksa menggunakan ruang awam seperti bilik mesyuarat, kubikel kerja malah tandas untuk menghasilkan susu badan, sementara 83% ibu menyatakan sekiranya ada kemudahan  bilik menyusu di tempat kerja, produktiviti kerja mereka akan meningkat sebanyak 50% atau lebih.

Bagi menyokong ibu yang bekerja dan sedang menyusu, Anmum™ Lacta melancarkan kempen dengan menaja bilik menyusu dengan kelengkapan penuh di organisasi tertentu, dengan objektif untuk menggalakkan majikan agar memberikan sokongan serupa kepada para ibu yang kembali bekerja selepas bersalin.

Kempen ini disokong oleh Talent Corporation Malaysia Berhad (TalentCorp), yang turut mempunyai fokus untuk meningkatkan tenaga pekerja wanita di Malaysia. Salah satu cara TalentCorp meneruskan fokus mereka bagi membantu wanita yang bekerja ialah menerusi kerjasama dengan majikan dalam menyediakan aturan kerja yang lebih fleksibel dan kemudahan-kemudahan di tempat kerja yang lebih mesra-ibu bapa seperti bilik menyusu. Selain itu,  mereka turut memperkenalkan pusat penjagaan kanak-kanak di tempat kerja, cuti bersalin tambahan, cuti paterniti, rangkaian sokongan ibu bapa dan juga subsidi.

"Sebagai jenama yang percaya bahawa ibu memainkan peranan penting dalam perkembangan anaknya, kami terkejut apabila mengetahui yang kebanyakan ibu berasa mereka tidak mendapat sokongan sepenuhnya daripada majikan - terutamanya apabila mereka kembali bekerja setelah melahirkan anak," kata Jose Miguel Porraz, Pengarah Urusan Fonterra Brands Malaysia. "Sememangnya kami berasa sangat teruja kerana mendapat sokongan daripada TalentCorp. Dengan sokongan mereka, kami berharap dapat menyediakan bilik menyusu yang ideal untuk kegunaan ibu-ibu yang bekerja di pejabat-pejabat seluruh Malaysia. Kami berharap ia dapat membantu ibu-ibu yang kembali bekerja selepas bersalin menyesuaikan diri dengan lebih baik, bukan saja dari segi nutrisi tetapi juga dengan kemudahan dan sistem sokongan yang mereka perlukan," tambahnya lagi.

Daripada kajian dan maklum balas yang diterima daripada para ibu tentang bilik menyusu yang ideal, setiap bilik menyusu yang ditaja oleh Anmum™ Lacta direka sebagai garis panduan untuk syarikat-syarikat yang berhasrat untuk menyediakan bilik menyusu di pejabat mereka. Bilik tersebut akan menyediakan kemudahan seperti peti sejuk dan tempat sejuk beku, kerusi selesa, cermin dan meja untuk ibu menyusu. Bilik menyusu ini juga akan menyediakan bahan pendidikan untuk membimbing ibu-ibu baharu seperti panduan nutrisi, kesihatan serta kecergasan untuk ibu-ibu menyusu bagi mengamalkan diet seimbang dengan nutrien yang mencukupi.

Lebih 85% ibu-ibu di Malaysia yang menyertai kaji selidik Mummy Time bersetuju yang persekitaran senyap dan relaks penting untuk memenuhi keperluan emosional ketika menyusu dan mendapatkan susu badan yang optimal. Justeru itu, bilik menyusu Anmum™ Lacta berperanan sebagai ruang peribadi yang membolehkan mereka menghasilkan susu badan dalam suasana yang tenang. Inisiatif ini akan menjadikan para ibu berasa lebih dihargai oleh majikan, pihak pengurusan dan rakan sekerja apabila mereka kembali bekerja selepas cuti bersalin.

"Kami berbesar hati dapat menyokong inisiatif oleh Anmum™ Lacta ini yang dapat membantu majikan-majikan di Malaysia mengekalkan pekerja wanita mereka. Sebuah bilik menyusu dengan kemudahan lengkap tidak memerlukan ruangan besar dan pelaburan yang tinggi, tetapi ia menyampaikan mesej penting iaitu majikan menghargai pekerja mereka dan memahami cabaran yang dihadapi oleh para ibu untuk menyeimbangkan tanggungjawab di antara keluarga dan kerja, tanpa perlu mengorbankan salah satu daripadanya," kata Shareen Shariza Dato' Abdul Ghani, Ketua Pegawai Eksekutif TalentCorp.

Selain daripada penajaan bilik menyusu, Anmum™ Lacta sedang bekerjasama dengan TalentCorp untuk menyediakan panduan untuk bilik menyusu ideal yang boleh digunakan oleh organisasi-organisani lain sebagai panduan apabila ingin membina bilik menyusu di ruang pejabat mereka.

Sebagai satu-satunya jenama tenusu yang mengeluarkan produk khusus untuk ibu menyusu, Anmum™ Lacta mengandungi DHA dan Nuelipid™ dengan kandungan GA® yang lebih tinggi. Dengan dua gelas setiap hari, para ibu akan memperoleh 100% asid folik, besi, kalsium dan vitamin-vitamin B1, B2, B6 dan B12 untuk ibu menyusu yang disarankan setiap hari. Anmum™ Lacta diformulasikan untuk menyokong keperluan nutrisi ibu menyusu dengan membantu memastikan simpanan susu mencukupi selepas bersalin.

Anmum™ Lacta boleh didapati di peruncit-peruncit utama seluruh negara dan terdapat dalam dua saiz - 350gm berharga RM 24.80 dan 650gm berharga RM 42.00. Untuk lebih maklumat lanjut tentang Anmum™ Lacta, layari http://www.anmum.com.my/ atau daftar sebagai komuniti Connected Mums Club di Facebook untuk mendapatkan nasihat PERCUMA dan sokongan daripada pakar-pakar sepanjang perjalanan sebagai ibu.





#anmumlacta
#anmummalaysia

0 comments: