Tuesday, November 15, 2016

Lamanya tak bebel sini

Assalamualaikum.

Hari ni alhamdulillah lapang sikit...bukan lah lapang sebenarnya, cuma keje tu belom sampai lagi...

Xde idea nak bebel apa...cuma lately ni kan aku malas sungguh nak g keje..macam ada setan pulak yang dok pegang kaki ni nk g opis...tapi kalo bab candy buffet memang teruja giler...betol la orang kabo..kita kalo buat benda yang kita suka, kita rasa seronok...cuma nya candy buffet ni terhad aku cuma boleh ambil time weekend je...banyak jugaklah job yang aku tolak, ada yang order from company nak buat majlis itu ini, ada yang order dari parents nak buat birthday party kat kindergarten, kt school.

Sadly semua kena tolak due to kerja....

Haihhhhh....

Nak kabo ke adik2 SPM, nnti dah habes SPM cari bidang yang korang suka. Yang korang ada Passion dalam bidang tu...bila PASSION tu ada, dari situlah datang nya keikhlasan, kegembiraan dalam pekerjaan...

So blogger blogger yang ada nak buat birthday party anak-anak, boleh la follow instagram aku..xpon follow FB candy buffet aku...

Boleh follow instagram CIKBUNGA.IG

klik SINI




Nak lagi cepat, korang wassap je ye...


013 3328038
013 3328038
013 3328038

Moh cepat booking candy buffet.

#candybuffetmurah
#candybuffetbajet
#pakejcandybuffetmalaysia
#pakejcandybuffet
#candybuffetkl
#candybuffetselangor

Monday, November 14, 2016

Bincangkan!!!Tiada ruang mengepam di pejabat punca susu merundum?

Assalamualaikum. Wah tajuk tu macam mengundang dikecam aje kan...Tapi hakikatnya itulah pengalaman aku sendiri. Ingat yer. Ini pengalaman aku sendiri. Waktu yang terhad dari pukul 1 hingga 2 terlalu suntuk. Untuk pam susu, untuk solat dan untuk makan tengah hari.Terlalu suntuk untuk aku. Moh baca sikit artikel dari Anmum.


IBU-IBU YANG BEKERJA BERSUARA TENTANG KEBIMBANGAN DI TEMPAT KERJA
Hasil kaji selidik terbaharu beri penyelesaian untuk membantu para ibu menyeimbangkan kerja dan kehidupan selepas tempoh berpantang

Kuala Lumpur, 2 November 2016 – Sasaran negara bagi Kadar Penyertaan Tenaga Buruh Wanita (FLPR) iaitu sebanyak 59% pada 2020 dan sasaran sebanyak 30% untuk peranan wanita dalam membuat keputusan untuk sektor korporat menjelang 2016 jelas menunjukkan betapa pentingnya untuk mengekalkan dan memperkasa wanita supaya terus kekal bekerja. Terdapat banyak faktor yang menyebabkan wanita berhenti berkerja, namun sebab utama yang dinyatakan oleh 65% wanita Malaysia yang berhenti bekerja adalah untuk menjaga anak mereka.

Sebagai satu-satunya jenama tenusu yang menghasilkan produk khas untuk ibu-ibu yang menyusu, Anmum™ Lacta ingin menyokong para ibu sepanjang perjalanan mereka sebagai seorang ibu; salah satunya ketika mereka mengalami kesukaran mencari keseimbangan apabila kembali bekerja selepas berpantang sambil perlu menyusukan anak. Atas sebab itu, jenama ini ingin memahami bagaimana mereka boleh membantu mencari penyelesaian agar lebih ramai wanita yang baru bersalin dapat terus bekerja. Oleh itu, Kaji Selidik MummyTime telah dijalankan dengan lebih 360 ibu-ibu yang bekerja di Malaysia.

Hasil kaji selidik ini menunjukkan bahawa 79% ibu-ibu di Malaysia  tidak berpuas hati dengan sokongan dan kemudahan yang disediakan oleh majikan mereka apabila mereka kembali bekerja selepas melahirkan anak.

Para ibu yang menyertai kaji selidik ini turut menjelaskan beberapa penyelesaian yang boleh membantu mereka menyesuaikan diri dengan lebih mudah apabila kembali bekerja. Antaranya adalah aturan kerja fleksibel, subsidi bersalin dan penjagaan anak, cuti bersalin tambahandan kemudahan di tempat kerja yang paling mereka perlukan, iaitu bilik menyusu.

Tambahan lagi, hasil kaji selidik ini turut menunjukkan hanya 1 daripada 4 wanita mempunyai bilik menyusu di tempat kerja; hal ini menyebabkan ibu-ibu terpaksa menggunakan ruang awam seperti bilik mesyuarat, kubikel kerja malah tandas untuk menghasilkan susu badan, sementara 83% ibu menyatakan sekiranya ada kemudahan  bilik menyusu di tempat kerja, produktiviti kerja mereka akan meningkat sebanyak 50% atau lebih.

Bagi menyokong ibu yang bekerja dan sedang menyusu, Anmum™ Lacta melancarkan kempen dengan menaja bilik menyusu dengan kelengkapan penuh di organisasi tertentu, dengan objektif untuk menggalakkan majikan agar memberikan sokongan serupa kepada para ibu yang kembali bekerja selepas bersalin.

Kempen ini disokong oleh Talent Corporation Malaysia Berhad (TalentCorp), yang turut mempunyai fokus untuk meningkatkan tenaga pekerja wanita di Malaysia. Salah satu cara TalentCorp meneruskan fokus mereka bagi membantu wanita yang bekerja ialah menerusi kerjasama dengan majikan dalam menyediakan aturan kerja yang lebih fleksibel dan kemudahan-kemudahan di tempat kerja yang lebih mesra-ibu bapa seperti bilik menyusu. Selain itu,  mereka turut memperkenalkan pusat penjagaan kanak-kanak di tempat kerja, cuti bersalin tambahan, cuti paterniti, rangkaian sokongan ibu bapa dan juga subsidi.

"Sebagai jenama yang percaya bahawa ibu memainkan peranan penting dalam perkembangan anaknya, kami terkejut apabila mengetahui yang kebanyakan ibu berasa mereka tidak mendapat sokongan sepenuhnya daripada majikan - terutamanya apabila mereka kembali bekerja setelah melahirkan anak," kata Jose Miguel Porraz, Pengarah Urusan Fonterra Brands Malaysia. "Sememangnya kami berasa sangat teruja kerana mendapat sokongan daripada TalentCorp. Dengan sokongan mereka, kami berharap dapat menyediakan bilik menyusu yang ideal untuk kegunaan ibu-ibu yang bekerja di pejabat-pejabat seluruh Malaysia. Kami berharap ia dapat membantu ibu-ibu yang kembali bekerja selepas bersalin menyesuaikan diri dengan lebih baik, bukan saja dari segi nutrisi tetapi juga dengan kemudahan dan sistem sokongan yang mereka perlukan," tambahnya lagi.

Daripada kajian dan maklum balas yang diterima daripada para ibu tentang bilik menyusu yang ideal, setiap bilik menyusu yang ditaja oleh Anmum™ Lacta direka sebagai garis panduan untuk syarikat-syarikat yang berhasrat untuk menyediakan bilik menyusu di pejabat mereka. Bilik tersebut akan menyediakan kemudahan seperti peti sejuk dan tempat sejuk beku, kerusi selesa, cermin dan meja untuk ibu menyusu. Bilik menyusu ini juga akan menyediakan bahan pendidikan untuk membimbing ibu-ibu baharu seperti panduan nutrisi, kesihatan serta kecergasan untuk ibu-ibu menyusu bagi mengamalkan diet seimbang dengan nutrien yang mencukupi.

Lebih 85% ibu-ibu di Malaysia yang menyertai kaji selidik Mummy Time bersetuju yang persekitaran senyap dan relaks penting untuk memenuhi keperluan emosional ketika menyusu dan mendapatkan susu badan yang optimal. Justeru itu, bilik menyusu Anmum™ Lacta berperanan sebagai ruang peribadi yang membolehkan mereka menghasilkan susu badan dalam suasana yang tenang. Inisiatif ini akan menjadikan para ibu berasa lebih dihargai oleh majikan, pihak pengurusan dan rakan sekerja apabila mereka kembali bekerja selepas cuti bersalin.

"Kami berbesar hati dapat menyokong inisiatif oleh Anmum™ Lacta ini yang dapat membantu majikan-majikan di Malaysia mengekalkan pekerja wanita mereka. Sebuah bilik menyusu dengan kemudahan lengkap tidak memerlukan ruangan besar dan pelaburan yang tinggi, tetapi ia menyampaikan mesej penting iaitu majikan menghargai pekerja mereka dan memahami cabaran yang dihadapi oleh para ibu untuk menyeimbangkan tanggungjawab di antara keluarga dan kerja, tanpa perlu mengorbankan salah satu daripadanya," kata Shareen Shariza Dato' Abdul Ghani, Ketua Pegawai Eksekutif TalentCorp.

Selain daripada penajaan bilik menyusu, Anmum™ Lacta sedang bekerjasama dengan TalentCorp untuk menyediakan panduan untuk bilik menyusu ideal yang boleh digunakan oleh organisasi-organisani lain sebagai panduan apabila ingin membina bilik menyusu di ruang pejabat mereka.

Sebagai satu-satunya jenama tenusu yang mengeluarkan produk khusus untuk ibu menyusu, Anmum™ Lacta mengandungi DHA dan Nuelipid™ dengan kandungan GA® yang lebih tinggi. Dengan dua gelas setiap hari, para ibu akan memperoleh 100% asid folik, besi, kalsium dan vitamin-vitamin B1, B2, B6 dan B12 untuk ibu menyusu yang disarankan setiap hari. Anmum™ Lacta diformulasikan untuk menyokong keperluan nutrisi ibu menyusu dengan membantu memastikan simpanan susu mencukupi selepas bersalin.

Anmum™ Lacta boleh didapati di peruncit-peruncit utama seluruh negara dan terdapat dalam dua saiz - 350gm berharga RM 24.80 dan 650gm berharga RM 42.00. Untuk lebih maklumat lanjut tentang Anmum™ Lacta, layari http://www.anmum.com.my/ atau daftar sebagai komuniti Connected Mums Club di Facebook untuk mendapatkan nasihat PERCUMA dan sokongan daripada pakar-pakar sepanjang perjalanan sebagai ibu.





#anmumlacta
#anmummalaysia

Monday, November 7, 2016

Review Candy Buffet lagi dan lagi

Assalamualaikum semua.

Tudiaaaaa jatuh menjunam gedebuk traffic blog kitew..bizi giler weh mana nak hapdet belog, mana nk buat kerja lagi, mana nk buat candy buffet lagi....

Moh usha gambar latest candy buffet sabtu lepas dekat Batang Kali...Korang kalau berminat boleh wassap yer 013 3328038..  Kalau nak tahu lebih lanjut, boleh Follow Instagram @CIKBUNGA.IG atau meh add aku kat Facebook FSA BUMI.





#candybuffetkl
#candybuffetbajet
#candybuffetselangor
#candybuffetmurahmalaysia



Thursday, October 13, 2016

Candy Buffet: Sudut pemanis untuk si kecil!

Amboi tajuk post..dah macam ala2 majalah gitu...yang sebeno nya sudt pemanis untuk si kecik dan juga untuk si tua...iye bebetol ni nak kabo..bukan bebudak aje yang suka..yang dah tua2 pon suka bebeno...sapa yang xsuka coklat kan...kecuali org kencing manis..pon kalo yg kencing manis tu xdok kencing manis, for sure dia pon nak makan jugak...

Moh2 bride to be, moh booking candy buffet ngan cikbunga ataupon cikpuanfairul..jangan isau..kami orang yang sama..nama belog cikpuanfairul..nama instagram cikbunga.ig...

Pakej bermula dari RM300...

Gambar bawah ni untuk event bulan lepas rasanya..Di Wangsa Melawati...yang ni kalau xsilap pakej RM400..kami bagi 100bijik apam polkadot...2kg coklat weh..gula2 tu semo ada la...moh booking...wassap aje 013 3328038...




#candybuffetmalaysia
#pakejcandybuffetmalaysia
#candybuffetkl
#candybuffetselangor
Friday, September 30, 2016

Jom booking candy buffet dengan cikbunga!!!

Assalamualaikum.....Alhamdulillah. Kejap je dah hari Jumaat.

Meh blogger-blogger yang nak buat sebarang majlis yang memerlukan candy buffet/corner, boleh la email/call/wassap kami yer..

Email: ciksiti.ig@gmail.com
No. H/P: 013 3328038

Ni gambar event kami baru-baru ni di Bukit Beruntung...Kami cover area Lembah Klang yer (KL/Selangor). Harga pakej bermula dari RM300.00.. Nak ubah pakej ikot bajet korang pon boleh.tak ada masalah...

Kalau korang nak tahun lebih lanjut, boleh folow Facebook rasmi kami. Klik SINI ataupon boleh follow kami di Instagram @CIKBUNGA.IG





#pakejcandybuffet
#candybuffetmalaysia
#pakejbajetcandybuffet
Tuesday, September 20, 2016

Disney Junior Magical Moments

Jom tengok how disney junior character appearances surprises kids and families....

So sempena bulan September ni, Disney Junior nak ajak kids and families to enjoy the brand new episodes and to create magical moments with your little ones. Programs as below:


2 September, Friday, 9AM: Miles from Tomorrowland “How to build a Robot-Pet/ Career Day”
9 September, Friday, 8.30AM: Mickey Mouse Clubhouse “Mickey’s Sport-y-Thon”
16 September, Friday, 10AM: Sofia the First “Beauty is the Beast”
23 September, Friday, 9.30AM: The Lion Guard “Bunga and the King”

Mummy for more info, please follow Facebook Disney Junior Asia




ni pulak cerita all time favourite cikpuanfairul..kehkehkehkeh..megah bebeno la konon biler dapat tundukkan si beast yang buas sungguh ni....bangga la ko kann seorang puteri yang cantik jatuh cinta dengan si BEAST ni...dan akhirnya BEAST menjadi seorang putera yang kacak sungguh....haihhh indahnya masa dedulu...


#disneyjuniormagicalmoments


Wednesday, September 14, 2016

Cerita Raya Aidiladha 2016!

 Assalamualaikum...Menulis untuk ingatan dikemudian hari..terpaksa gagahkan jugak...lama bebeno belog x dihapdet..korang kalau nak tau lebih lanjut, meh la follow instagram aku okeh.. @CIKBUNGA.IG

Ni cerita pagi sabtu...pagi pagi lagi dah keluar rumah ke Sunway Pyramid...ada event sat kat sana...Thomas and Friends...korang yg folo ig aku tau la kan...xsempat nk bekpes, kami bekpes kat Old Town White Coffee kat Sunway Pyramid je..jauh sedap aku bekpes kat luo weh...nasi lemak alahai sedddihhhh...bekpes gini2 pon RM40...

Pas setel bekpes g bwk Adam memain jap ngan Thomas and Friends then terus chow ke Uniten..ada wedding..Tapi kena balik umah dulu ambil mak ayah aku..pasal pagi tu pon dorang ada hal sikit..kalau x aku dah ajak dorg ikot sekali...balik gombak dulu then baru gerak ke Uniten....traffic hari Sabtu tu jangan ko kenang lah weh..semo jalan jemmmmm....




kegilaan ADAM!!!aku dah malas dah nak beli..penghujungnya kita yang terpijak balik ngan segala menan dia...


Yang ni plak petang raya Aidiladha..kitorang satu family pakat g makan2 kat Putrajaya..bwk bekal...seronok.budak budak seronok la leh lari2 bagai..kawasan luasss...dah nak maghrib kami gerak ke IOI Putrajaya....masing2 masuk je sana berpecah..susah weh nak bejalan sekali ramai.minat masing2 xsama....aku plak xtau nk kemana,,bwk Adam main kat District 21 ni...bukan main yang menan dalam tu pon..main menan yang kecik2 kat pintu luar ni je...leh tahan mahal gak..main kejap tu pon RM6.00

Hebat!!!bwk keta sambil angkat tangan....habis di langgarnya tiang2 tepi tu..budak pompuan belakang tu pon menyirap je tgk..hahahahhahaha
Nanti aku rajin aku hapdet lagi yer...mood nk hapdet belog xberapa nak ado ni..buat entry ni pon jenuh 1 jam baru setel...