Thursday, July 24, 2014

Adik Muhammad Firdaus Dullah Selamat Keluar Hospital Hari Ini

 Alahamdulillah. Da sihat dah adik muhammad firdaus dullah....ramai sayangkan awak sayang....aku ni sejak da jd mak mak ni,hati ni cepat betol tersentuh...kadang2 tgk gamba budak kemalangan kat fesbuk pon sampai mengalir air mata...




Tahniah Scha dan Awal

Muka xnampak sangat la..awal just post gambo jari je...rindunya nak bau baby..adam skang da xde bau baby da..bau macham je...tu pon sedap gak bau walaupon macham2...ehehhehehehe...


baby #schawal


tengok muka scha pas bersalin,berseri sungguh..muka aku pas bersalin,ko jangan cakap la kannn.....bekedut2 menahan saket..gerak sket pon da saket...aii czer ok..sangat mencabar..udah tu dua kali czer pulak..meh baca pengalaman aku bersalin kat SINI dan sambungan di SINI
Tuesday, July 22, 2014

Cara pemikiran orang kita

Salam semua..aaa hari ni nak membebel sket...mula2 aku nak bebel pasal kiki kamarudin tu..top giler okay minah ni..habes instagram dia and facebook dia kena serang..and baru2 ni keluar dekat astro awani fb,yang mengatakan kiki naik angin sbb cina tu yg naikkan isu perkauman..ok..yg itu kita letak tepi..yang ak xbape bekenan ni,xpyh la korang semua susah payah g serang dia kat instagram dia,kat facebook dia..dia tu wat bisnes kerja kahwin,xke mcm nak menutup periuk nasik orang..waddehel...ya,si kiki tu salah,sebab melenting..tapi ape beza kita ngan si kiki tu..yg ko dokmeroyan kat fb dia,kat ig dia,korang pons ama je mcm si kiki tu...

Next point, pasal MH17...ini pon sama..sebok la nak jadi detektif,nak jadi wartawan...udah2 la tu weh,,bio kan pihak berkuasa wat tugas diorg..xyah korang susah payah nak wat rumusan korang yang ntah pape tu...ada pulak badigol mana ntah,siap salahkan PM kita lagi...adoyaiiii....

Ni ha pagi ni,angin lak aku...ada budak dtg intebiu,siap bwk kwn dua orang teman...sorg laki sorang pompuan..hapa la masalah ko..nak inteviu dtg sorang la...drpd situ kita da leh wat conclusion budak ni xpandai bwk diri...dah tu,form yg akus uh fill up tu,bleh pulak dia suh member dia yg tulis...berangin je aku tgk..kang kalo aku laser sket,tarik muka la apa la....


sekian bebelan hari ini

Alhamdulillah: Kotak Hitam MH17 selamat diserahkan kepada Malaysia.

Pemisah Ukraine serahkan dua kotak hitam pesawat MH17 kepada Malaysia sebentar tadi. 

Gencatan senjata di zon 10 kilometer sekeliling itu bagi membolehkan pasukan penyiasat antarabangsa masuk dengan selamat ke lokasi nahas MH17 di timur Ukraine. 

berita penuh

Syukur alhamdulillah..
Monday, July 21, 2014

MH17 dan Gaza

Allahuakbar...satu kejadian yang membabitkan negara kita dan lagi satu yang melibatkan sedara islam kita.

Sedih xterkata. mayat bergelimpangan dan harapnya boleh dikebumikan sebelum raya aidilfitri.

Xfaham sunggu dengan mentaliti si ahli fikir ni....ni mesti sel2 otak dia xberhubung ni..tu yg fikir xjauh tu..


Saturday, July 12, 2014

Cerita Basi

Ni cerita basi bila ntah ni...ada hari apa ntah,aku terlupa nk tengok lauk tok bubur adam...gigih selongkar peti ais..seb baek ada carrot ngan kentang...so leh la buat bubur....isi ayam memang aku beli stok untuk seminggu...kadang2 tu baru tukar ngan salmon fillet,tenggiri...kalo mcm aku lupa nak top up lauk bubur dia,memang bubur campur ikan bilis je la..kot ada carrot,campur carrot..hehehehehe...ini budak sekarang kuat makan ooo..satu mangkuk dia leh habes....so memang tetiap pg sebelom g keje memang aku wat bubur dia siap2...

 ni lak bayam campur isi ayam....aku paling malas nk guna bayam..tapi si adam ni suka beno kalo aku wat bubur taruk bayam..so kalo nk guna bayam,time wiken leh la...ko tau la kan,bayam ni banyak bebeno pasir dia......aku kalo basuh bayam,ada lam 2 baldi kot guna...hahahahahahhahahaha.....selak selai2 basuh...so time wiken je la ko makan bayam ye nak...


gambo terbaru..da 9 bulan dah anak ibu.....ibu sayang kamu adam....
Friday, July 11, 2014

Sahur dengan ayam goreng

Assalamualaikum semua pembaca yang budiman...hehehehhhe...haip xreti okeh nak wat ayat cam sopan2.

Okeh meh nak tayang ayam goreng simple dari aku...aku wat lam kul 10 mlm gitu perap then nak sahur baru goreng...dua ketul je pon.laki seketol,bini seketol...kihkihkihkih..jadi la wat cukup syarat...


Bahan-bahan
1. Ayam*
2. Halia dan kunyit idop*
3. Bwg besar dan bwg putih*
4. Kicap dan madu

Yang bertanda *,korang blender kan..aku gigih tumbuk sebab mala snak kuo kan blender...

Cara-cara
1. Ayam tu xkesah la korang nak potong mcm mana,dah bersihkan semo,korang perap ayam tu ngan bahan yang blender tu.
2. Pastu campurkan kicap ngan madu. Perap la bapa lama korang nak.
3. Pastu goreng..sedap okeh..memang terasa manis2 madu and halia...aii loike...






nampak x lebihan minyak yang diserap oleh tuala Scott tu. Korang xpayah tekap pon. aku just golek kan je pon da leh serap minyak. salu kan kita kena tekap2 kan sndr...dasar villagepeople..hahahhahahahah


TAPI ingatttttttttttt. Minyak yang berlebihan yang melekat dekat ayam tu,korang alas kan dengan tuala Scott. Tuala Scott ni bagus okeh untuk menyerap minyak. Ala standard la kan,dulu belom tau pasal tuala scott ni korang semo guna tisu gulung tu je kan...jangan malu nak ngaku okeh..kita sama dan serupa.. dasar #villagepeople....kuikuikui

So dengan Tuala Scott® Calorie Light premium ni,minyak tu semo boleh diserap dengan sungguh efisien sekali...hahahahahahah....bye bye minyak...leh la kita melantok ayam goreng bebanyak...

Meh baca sedikit sebanyak info pasal Tuala Scott® Calorie Light ni.



Menjamu selera adalah kegemaran rakyat Malaysia. Alangkah bagusnya jika dapat menikmati sajian yang kurang berkalori! Tuala Scott® Calorie Light premium baru direka khas untuk penyerapan minyak yang tiada tandingan, untuk menangani kerisauan utama rakyat Malaysia – pengambilan kalori yang berlebihan. Produk ini dapat menyerap minyak dengan mudah dan berkesan, terutamanya lebihan minyak dari permukaan makanan, supaya kita boleh menikmati juadah enak dengan kurang kalori sehingga 25%*!


Kebanyakan rakyat Malaysia mengambil kalori harian berlebihan – Fakta dari Pertubuhan Makanan dan Pertanian Bangsa-bangsa Bersatu menyatakan purata rakyat Malaysia mengambil lebih dari 2,900 kcal sehari**, jauh melebihi jumlah yang disyorkan iaitu 2000 kalori sehari untuk lelaki dewasa dan 1500 untuk wanita dewasa.


“Malaysia adalah syurga makanan dan tidak hairanlah rakyat Malaysia gemar meluangkan banyak masa menikmati kelazatan makanan. Namun begitu, kita semua tahu banyak makanan kegemaran kita kurang menyihatkan disebabkan penggunaan minyak yang berlebihan semasa penyediaan. Contohnya jika ayam goreng yang enak dihidangkan memang sukar untul menolak!” kata Cik Soo Woon Yee, Pengarah Pemasaran, Kimberly-Clark Malaysia.


“Sebagai jenama barangan harian yang lama dipercayai rakyat Malaysia, Scott® berbangga kerana telah mengambil langkah untuk membantu rakyat Malaysia menjaga keluarga mereka dengan cara yang mudah dan berkesan dengan Scott® Calorie Light. Tuala dapur baru ini adalah satu-satunya tuala dapur yang direka khas untuk penyerapan minyak terbaik untuk menangani cabaran terbesar dalam dapur rakyat Malaysia. Ia bukan saja menyerap minyak secara berkesan pada permukaan dapur yang melekit tetapi juga dari makanan, oleh itu pengguna boleh menikmati makanan lazat yang kurang kalori dengan cara yang mudah.”

Tuala Scott® Calorie Light diuji oleh sebuah badan bebas, dan terbukti mengurangkan pengambilan kalori daripada lemak sebanyak purata 25%* hanya dengan menggunakan 3 helai tuala Scott® Calorie Light untuk menyerap lebihan minyak dari makanan seperti ayam goreng sebelum ianya dihidangkan. Ia diperbuat dengan teknologi Fiber-Tech terkini dan 100% serat asli, lebih tebal untuk membantu penyerapan minyak terbaik. Tuala ini juga disenduh dengan ekstrak teh hijau, satu ramuan yang lama dikenali dan digunakan untuk pengurangan lemak.

Aaaaa, nampak tu,gajah biru kiut tu sedut minyak tu...ni sangatla betulokeh..eh silap..kang korang ingat ada gajah lak yang sedut..maksud aku tuala scott ni memangbetol2 menyerap minyak..eh aii tau laaa,,aaii sebelum ini pengguna tegar tisu tandas tok tos kan minyak okeh...








Harga aku tuliskan siap2 tok kroang yer...

RM6.20 pek 2 gulung
RM14.90pek 6 gulung (Semenanjung Malaysia) 

RM6.80 pek2 gulung 
RM16.40 pek 6 gulung (Sabah dan Sarawak) 

Thursday, July 10, 2014

Selamatkan mereka di Gaza YA ALLAH

Allahukbar...sedih menyayat hati baca dan melihat gambar kekejaman serangan zionis. wahai Israel laknatullah, hancurlah engkau dengan tentera2 mu....hancurlah dan mati lah kamu dengan tentera2 mu...zionis laknatullah....

Jom semua aku seru pada pembaca-pembaca blog aku ni,kita berdoalah,kita selitkan lah doa untuk saudara2 islam kita disana di dalam doa kita. Mana yang mampu berdoa,kita tolongla dengan berdoa, dan mana yang mampu dengan wang ringgit,kita sedekahkan lah kepada saudara islam kita disana......


saya sedih,hiba,pilu tengok anak anak kecil di Gaza....Tabahlah wahai sayang, syurga lah tempat kamu semua....


#tulisentrisambilairmatabertakung
Tuesday, July 8, 2014

Muhammad Adam Danish - 9 Bulan

Alhamdulillah. Anak ibu da masuk 9 bulan. Macam-macam idea,kerenah,ragam. Semo cukup...Tapi tu lah,bnyk ragam mana pon,sekali pandang muka adam,terus hati jadi tenang je...tu la perasaan mak2 tau x..hahhahaha..aku sndr pon xsangka leh jd mcm gini....kalo pegi shopping tu,baju adam je lah aku beli..sampai tiap2 pg nk pegi opis tu,leh termenung tgk baju sndr..balik2 baju tu gak aku pakai..kalo tang adam,manjang gilir2 je baju....ni baju from 0-6 months abes da aku simpan,mitten n booties semo aku da simpan....wat semak je...simpan tu xtau la tok anak kedua or nak bg je kat abang aku..akak ipar aku pon nk bersalin dah ni...katil adam pon aku bg je kat abg aku...walker adam pon leh bg abang aku gune,,carrier adam..senang okeh abg aku..banyak brg adam leh bagi dia gune..heheheheheheh




.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

I JUST LOVE AND ENJOY MOTHERHOOD





Monday, July 7, 2014

Horlicks Chocolate Baru Yang Sangat Sedap

Hidden Hunger?

Apa yer maksud hidden hunger ni? Hidden hunger ni dalam erti kata melayu ialah (kelaparan tersembunyi). Isu pemakanan yang berkaitan dengan kekurangan mikronutrien, yang masih wujud di kalangan kanak-kanak di Malaysia.



Sejak diperkenalkan di seluruh dunia lebih 100 tahun lalu, Horlicks® telah mengekalkan kedudukannya sebagai produk yang berkualiti dan berkhasiat yang membantu kesihatan seisi keluarga. Jenama ini dipercayai para ibu yang arif sejak bergenerasi, hubungan yang telah dipupuk oleh jenama ini menerusi penambahbaikan ketara rumusannya selama ini. Hari ini, formula Horlicks® boleh membantu menangani ‘hidden hunger’ (kelaparan tersembunyi), isu pemakanan yang berkaitan dengan kekurangan mikronutrien, yang masih wujud di kalangan kanak-kanak di Malaysia.



“Wanita dan kanak-kanak daripada kumpulan berpendapatan rendah di negara-negara  membangun selalunya paling teruk terjejas, tetapi kajian tempatan di Malaysia menunjukkan bahawa kanak-kanak sekolah di kawasan bandar seperti KL dan PJ juga turut mengalami kekurangan mikronutrien termasuk vitamin D yang penting bagi penyerapan kalsium. Kekurangan zink, zat besi dan iodin juga diperhatikan di kalangan kanak-kanak di Malaysia. Oleh itu, adalah penting untuk memberitahu ibu-ibu dan mendidik kanak-kanak sejak kecil untuk makan dengan betul dan mengamalkan diet yang seimbang yang mengandungi karbohidrat, protein, vitamin dan mineral,” tambah Profesor Khor.



KIDS WANT TO BE TALL, SHARP, STRONG!!!


Sekarang ni Horlicks dengan rasa bertanggungjawabnya telah mengeluarkan produk terbaru okeh. Khas untuk kanak kanak yang sedang membesar. Dah namapon coklat kan,mesti la sedap gabung lak ngan rasa horlicks...memang sedap gils!!korang shoudl try okeh. Mak pak yang hidden hunger leh try jugak...kihkihkihkih...


Aku yakin anak or adik2 korang mesti suka.ye dak??minuman horlicks coklat...nama pon coklat...so harga horlicks coklat ni aku kopipes tok korang yer...

Pek 200g (RM6.50)
Pek 400g (RM10.50)
Pek 1kg (RM21.50) 
Pek 2kg (RM42.00)
Pek 3 in 1 (RM10.50) 

Dipenuhi 23 khasiat penting, termasuk kalsium untuk pertumbuhan tulang yang kuat, protein untuk membina tisu badan serta multivitamin dan mineral, Horlicks® Chocolate baru mengandungi kebaikan semula jadi susu, barli malt dan gandum untuk membekalkan keperluan pemakanan keseluruhan kanak-kanak.

Pek 200g (RM6.50)
Pek 1kg (RM21.50) 
Pek 400g (RM10.50)
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.



***aku da try dah,bukan adik or anak korang je suka,ada sowg mak yg xsedo diri tu pon suka gila babeng hah ngan horlicks chocolate ni.... #ailamakgilababengtu
Friday, July 4, 2014

Raisha Rania nama baru Felixia Yeap



Selamat datang sedara islam baru kita.....Cantik nama Raisha Rania tu....




Thursday, July 3, 2014

Mendapan Di Jalan Imbi

Haaa kecoh kan ada mendapan berlaku di Jalan Imbi..Macam beso je aku nengok..eee takot nya la...seb baek xde pape kecederaan....

dekat je okeh ngan opis aku ni..belakang ni je da Jln Imbi...


Menteri Wilayah Persekutuan, Tengku Adnan Tengku Mansor, berkata mendapan itu berlaku apabila saluran paip air utama pecah menyebabkan kawasan terbabit diresapi air dan mengganggu struktur tanah di tapak pembinaan.


Wednesday, July 2, 2014

Buffet Ramadhan 2014

Salam semo.. Kat sini aku nak list  kan untuk kemudahan aku atau sesapa sajalah yang mencarik buffet ramadhan yang murah...yela kan,yg murah itu pasti...takat buka pose,banyak mana la pon kita leh mkn....



Yang ni dekat je ngan umah aku.Kat Taman Melati Utama rasanya...RM38.90 satu kepala..rasanya ada diskaun 10%. Klik  SINI





***tu je lah buat masa ni..aku akan tambah dari semasa ke semasa okeh....
Tuesday, July 1, 2014

Kecoh dekat Facebook gambar geli daripada Teratai (Lotus)

Haaaaa,baru2 ni mesti korang ad aperasan kan,ramai kawan fb korang dok share video gambo yang geli tu.aku nak buh gambo kat sini pon aku geli..so xyah la buh...meh baca sket kat bwh ni..

Dear internet. This is a lotus pod. This pod is being photoshopped onto nipples and shoulders, thrown on a video link and you're taunted with a phrase that says something like, "bet you can't watch this". Then to watch the video, it has youshare it before you can..... Doesn't that seem weird? Don't do it. It's a scam, this is how accounts get hacked and your friends start getting messages from you about new boner supplements. So please, don't fall for this. Because I care. Thank you!!!

So, jangan share ok..ni aku dah kabo awal2 dah ni ke korang..kang sia2 je fb korang kena hack!!

share gak la,tp kecik kan size image..hahhahahahahahah