Sunday, February 11, 2018

LOTUS APARTMENT PUCHONG PRIMA UNTUK DISEWA

Assalamualaikum. 1st post untuk tahun 2018.

Untuk permulaan ni kita nak cari penyewa ye. Kalau korang ada tau sesapa yg tgh cari umah sewa,bleh la panjang2 kan mesej ni.


LOTUS APARTMENT PUCHONG PRIMA UNTUK DISEWA - Tingkat 1

3min LRT Puchong Prima
3min Pasaraya Ong Tai Kim
3min 99 Speedmart
3min Maybank Puchong Prima
3min Petronas Puchong Prima
5min Parkson M Square Mall
8min Mcdonald Puchong Prima
15min IOI Puchong
15min Tesco Puchong
20min Bukit Jalil
30min Putrajaya
30min Hospital Serdang

Deposit 2+1. Deposit Elektrik/Air RM500.
Monthly: RM1200.00 (Nego)
Call/Whatsapp:
Fairul: 013 6390449 Nasuha 013 3328038




Thursday, October 5, 2017

Happy 5th Wedding Anniversary!

Assalamualaikum!

Lama giler x hapdet belog. Dulu keje ngan bos Italy,sebulan sekali je masuk opis.

Skang dah kerja tempat lain,memang bertambah sebok.

Tapi sebab kan hari ni hari yg sungguh istimewa,terpaksa up 1 post untuk kenangan. To Adam,one day nnti adam baca ye sayang.

Post ni sebeno nya khas untuk somi terchenta. Selamat ulang tahun yg ke 5 abang. Terima kasih kerana bersabar dengan bini abang ni,terima kasih kerana setia di sisi bini abang ni. Terima kasih untuk segala2nya bang. Allah pinjamkan suami yang cukup sempurna untuk saya.





Friday, September 15, 2017

Takziah - Darul Quran Ittifaqiyah

Assalamualaikum.

1 Malaysia sedih dengan berita awal pagi semalam. Sama samalah kita sedekahkan Al Fatihah untuk 23 orang yang maut dalam nahas kebakaran.

Tak lupa juga kepada yang viral gambar jenazah yang rentung dalam kebakaran, mohon janganlah di viralkan....Pilunya hati keluarga yang melihat gambar tu. Sedihnya hati mak ayah. Dalam keredhaan mereka jangan lah kita tambah kan lagi kesedihan mereka.

Semoga ahli keluarga mangsa tabah dalam menghadapi ujian dariNya. Allah bagi ujian untuk orang2 yang hebat. Mohon sedekahkan Al Fatihah. Semoga urusan pengkebumian berjalan dengan lancar.



Tuesday, September 12, 2017

Doorgift!

Assalamualaikum.

Macam biasa la. Xsah la cerita kat blog kalau xbasi. Yang ni pon aku lupa bila punya order ni. Korang kalau nk order doorgift, wasap je aku ye. 013 3328038.

Jom layan gambar.

#doorgift
#doorgiftmurah
#doorgiftkl
#doorgiftipoh
#partypackkl
#partypack







Wednesday, September 6, 2017

Matta Fair 8 - 10 September 2017 di PWTC

Good news untuk yang suka travel. 

Jom kita pakai p ramai ramai. Aku rasa mcm xde masa nak pergi. Ada hal sekt minggu ni. tapi insyallah akan curik jugak masa untuk ke PWTC.

#mattafair2017
#mattafairpwtc2017




Wednesday, August 30, 2017

21 Ogos - Alhamdulillah

Assalamualaikum.

Cerita seminggu yang lepas. Akhirnya setelah tolak tambah 8 tahun berkhidmat dengan kampeni ni, akhirnya baru ada keberanian hantar surat resign. 

Sebab apa resign sedangkan belum dapat kerja lain lagi?

Sebab hati dah x ikhlas kerja sini.

Tapi hari ni, syukur alhamdulillah, rezeki Allah bagi peluang kerja baru. Gaji pon ok. Dan yang paling penting dekat dengan umah. Parking pon free.

Syukur Allah. Terima Kasih Allah.

Syukur juga semenjak kerja sini, dapat buat loan beli kereta dan terbaru ni dapat buat loan beli rumah. Syukur Alhamdulillah.

Mana yang cuti panjang ni balik kampung, hati-hati di jalan raya yer.

Aku esok balik Ipoh. Semoga highway clear la. Mana yang nak balik Utara tu, mohon korang balik hari ni weh...hahahahahahahahha....bio esok highway clean & clear.


Wednesday, August 23, 2017

Emosi terganggu

Assalamualaikum!

Hamboi tajuk x menahan.

Tapi betol...Luaran nampak happy tapi dalaman tak siapa yang tahu. Cewahhh...

Tapi sekarang ni lega sangat. Ada rezeki insyallah. Kalau xde rezeki, anggap aje itu bukan yang terbaik untuk kita.

Sebeno benonya entri ni khas untuk seseorang. Seseorang yang sentiasa menyokong aku walaupon aku salah, ego nak mengaku salah, dan sentiasa nak betul. hahahhahaha....Tapi awas ye bukan queen control. cuma nk sentiasa betul sesaja...kahkahkah...

16.08.2017, genap lah usia 33 tahun MOHD FAIRUL BIN KAMARUDIN.

Untuk abang, terima kasih kerana setia bersama saya selama tempoh hampir 10 tahun perkenalan kita. Terima kasih kerana sentiasa bersabar dengan kerenah saya. Terima kasih kerana sentiasa tahan makian saya. Dan terima kasih kerana sudi tinggal dirumah keluarga saya dan jaga kedua ibu bapa saya. Terima Kasih Bang.

Kenapa suami saya hebat? Sebab xramai suami yang rela tinggal dengan mertua dari mula kahwin sampai sekarang. Terima kasih bang.
pic throwback 3 tahun lepas