Wednesday, November 23, 2016

Isu Remeh! Tapi Diperbesarkan.

Assalamualaikum.

Alhamdulillah..Dah Rabu dah hari ni. kejap je kan...

So lately ni kan memang banyak isu-isu remeh temeh yang terlampau diperbesarkan oleh netizen di Facebook...

Bagi aku isu ni terlalu remeh..

Tapi bukan pada warga Facebook yang ala-ala keyboard warrior...Dekat depan handphone/komputer dia punya ayat macamkan ada pangkat Doktor Falsafah walhal ko sebenarnya xlebih and xkurang macam orang yang ko kutuk tu....

Geram sungguh ak kadang-kadang baca komen-komen negatif ni...

Rileks la wehhh xyah la nak emosi sangat...

Jangan jaga tepi kain orang...Jaga tepi kain sendiri jer...Dah jaga tepi kain sendiri, jaga tepi kain sedara-mara sendiri pulak...Jangan nak kecoh-kecoh kan dengan orang yang langsung xbersangkut paut ngan ko tu...Yang lagi tragis, dia punya nasihat seakan mengaibkan...Wahhhhh lepas tu boleh pulak tulis pendapat 20sen dia..Puihhhh...

Wahhhh ni mau kena kecam pulak post aku yang ni...

Kahkahkah!

Meh sini kita mengimbau sikit isu-isu sejak dua tiga menjak ni.

1. Elly Mazlein
Yang ni kecoh ok pasal peminat, pasal Tok Ram, pasal Fara Fauzana...Haihhh bagi aku xde benda pon...tengok je la Gegar Vaganza tu diam-diam...Enjoy je ok! Korang xpayah nak kecam sana sini,wat rugi pahala ajer..yang buat untung tetap ASTRO jugak!

2. Parents xpuas hati anak duduk dekat Jalan Tar!
Yang ni aku xpasti betol ke idok ataupon tajuk itu sendiri diputar belitkan untuk nampak  menarik! Lagi sekali, xpayah nak emosi, xpyh nak bandingkan zaman dulu ko duduk atas pelepah pisang, zaman dulu ko pakai lampu gasolin..TAK PAYAH. Cukuplah dengan komen nasihat yang positif dan bukan dengan nasihat yang seakan memaki/mengaibkan si parents itu.

3. Culik bayi berusia 5 hari
Ini yang paling latest. Kes culik bayi berusia 5 hari dan syukur Alhamdulillah bayi selamat dipulangkan kembali ke pangkuan ibu dan bapa...But again, terlampau banyak netizen yang mencemuh,menghina,malah mendokan yang tidak elok kepada si penculik. Allahuakbar..Kita pon tahu kes culik ni bukan nya sindiket jualan organ..Si Penculik terlampau inginkan anak. Tapi salah tetap salah..Hukuman memang perlu.Cuma janganlah sampai mendoakan perkara yang xbaik...Cukuplah mendoakan semoga si pelaku insaf..Ingat yer.jangan mendoakan perkara yang xbaik dan jangan mengaibkan orang.

Nanti ada masa aku hapdet.

Ingat yer, ini hanya pendapat aku.Bukan pendapat 20 sen tapi pendapat satu hengget aku.mihmihmih



3 comments:

sheAYANG said...

Banyak sangat isu yang digembar-gemburkan. Bagi saya, duduk diam-diam lagi bagus. Atau kalau dah orang tanya, bagi je la pendapat but not in socmed. Sebab terlalu ramai nak jadi keyboard warriors nowadays, kan. As a blogger pun kalau kita nak kupas sesuatu isu tu biarlah besederhana. Peace no war katanya :)

Cik Puan Fairul said...

Tu lah...nak ngulas lanjut kang kena kecam pulak...so kita play safe je lah...

sheAYANG said...

Kan kan kan. Sabar je la. 😞