Monday, February 20, 2017

Clutches

Assalamualaikum.

Nak tanya ni. Korang tahu tak apa itu Clutch Bag?

Meh nak cerita serba sikit pasal Clutch Bag ni.

Clutch Bag ni selalunya akan di pakai masa events yang mana kita xperlu lah nk carry kita punya handbag sebeso beso gabak tu. Cukup dengan bawak Clutch Bag sahaja. Tapi dah nama pun Clutch Bag,idok ler semua khazanah kita boleh sumbat ye dak. Cukup lah dengan wallet, handphone dan mekap. Mekap pon yang basic2 aje perlu yer.

Nah aku share sikit jenis jenis Clutch Bag mengikut pada tujuan dan penggunaan.


1. Formal Clutch
Kalau dah namapon Formal, selalunya untuk majlis majlis formal. Contohnya bila kita ada meeting ke kan. Cukuplah Clutch Bag korang tu muat takat nak simpan ipad mini je kan. Kot lah nak buat presentation yang simple2 aje. Kalau nak pakai untuk ke Ofis pon xdek masalah. Paling molek kalau warna hitam or warna gelap. Dah nama pon untuk tujuan Formal.







2. Event Clutch
Haaaa yang ni memang aku sendiri pon pakai. Mostly nak attend wedding je aku pakai. Idok ler teman rajen nak pikul handbag yang beso tu bawak masuk wedding hall tu. Dengan nak pimpin tangan Adam lagi, so molek aje aku pegang clutch. Just bubuh handphone and wallet and lipstick. Event Clutch ni kan depends pada korang punya selera. Macam aku, aku lebih suka yang biasa. Tak suka yang too many blings whatsoever. So aku prefer design yang classy and ada sikit blings sahaja. Not too many. Nanti baju aku tenggelam...miahahhahahhhahaha...Bio baju yanggg meriah. Gitu!





    

3. Novelty Clutch
Clutch jenis ni dia ada their own identity. Ada ciri ciri yang funky. Paling sesuai bila kita lepak lepak dengan member perempuan yang lain. Cukuplah bawak Clutch sahaja. Lepak kat kafe kafe hipster kan. Novelty Clutch ni kan dia punya design tidak semestinya empat segi. Dia boleh macam macam bentuk dan saiz. Meh aku tunjuk sket design Novelty Clutch nak bagi korang idea sket macam mana roper nya.




So korang dah faham serba sedikit kan pasal Clutch Bag. Meh komen sikit Clutch Bag yang mana korang lebih suka. 




4 comments:

Eyqa Zaque said...

tak pernah pakai clutch, tapi bila ada can beli, nak yg formal punya seja. hehe.

Fairuz Aqilah said...

Cantik jugak clutch, tapi malas nak kena pegang pegang leceh. Hehe..

Aqilah Shahirah said...

haii awak. jom join segmen ni http://shahirahsarmy.blogspot.my/2017/02/segmen-follow-me-februari-2017-my-first.html untuk tambah follower

mister zarif said...

Skarang ni lelaki pun ade clutch tau? haha.. lebih kurang same je mahal dgn prempuan punye