Tuesday, May 24, 2016

KIDZANIA - BAKAL SAINTIS DAN PEREKA DIJEMPUT UNTUK MENEROKAI MASA DEPAN!

Assalamualaikum.. Haa cuti sekolah nak dekat kan.. So bermula 28 May 2016 - 12 June 2016, moh kita ke Kidzania. Ada program khas sempena cuti sekolah. Program KidZ & Tech.

Melalui program ini, kanak-kanak boleh menyertai siri bengkel interaktif, lakon peranan bertema dan aktiviti dalam talian untuk menerokai masa hadapan.


Keseluruhan program ini terdiri daripada aktiviti-aktiviti yang direka untuk mencetuskan inspirasi bagi menarik minat kanak-kanak dalam bidang sains dan teknologi. Secara asasnya, aktiviti-aktiviti ini bertujuan untuk membantu kanak-kanak meningkatkan kemahiran menyelesaikan masalah dan pemikiran pengkomputeran yang juga akan membantu mereka apabila dewasa kelak.

"Kanak-kanak hari ini menggunakan teknologi dengan pelbagai cara berbeza untuk berinteraksi dengan rakan sebaya dan mempelajari kemahiran-kemahiran baharu. Kita mampu menarik minat kanak-kanak ini dengan menyediakan persekitaran pembelajaran yang menyeronokkan menerusi Program KidZ & Tech," kata Susanah Abdul Rani, Gabenor KidZania Kuala Lumpur.

Bak kata Gabenor KidZania sendiri, persekitaran pembelajaran tu penting, itu yang boleh menarik minat bebudak ni dalam pembelajaran....So parents, jom bawak anak-anak ke KidZania okeh...yang mummy bleh singgah ke Ikea. Kita tinggalkan kaum bapa je kawal anak-anak kat sana..miahhahahaha






Nah alamat:

KidZania Kuala Lumpur
Curve NX
18 Jalan PJU 7/5,
Mutiara Damansara,
47810 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan, Malaysia

0 comments: