Wednesday, September 23, 2015

Alhamdulillah - Selamat Menyambut Hari Raya Qurban

Alhamdulillah.  Esok kita sambut hari raya haji kan. Se kepada readers yang beragama islam, cikpuanfarirul mengucapkan selamat hari raya qurban.

Persiapan  aku xbanyak pon, rancangnay nak balik kampung suami Ipoh, tapi xjadi pulak. bajet da lari ke laut. So semalam dah siap2 potong bawang, blender wat kerisik...rancangnya nak masak nasi ayam, wat nasi impit, rendang daging dengan mee rebus...hamboii menu x nak kalah....hahahahhahhahha..dah lari daripada konsep raya haji kan..kihkihkihkih...

Jom dekat bawah ni kita mengimbau balik apa itu Hari Raya Qurban? Bacalah untuk ilmu didada..nnti anak2 soal penuh bergaya la kita menjawabnya..gituu...ahhahhahaha

*****************************************************************************


Asal-Usul Aidiladha

Pada suatu hari Nabi Ibrahim bermimpi, dalam mimpinya itu Allah menyuruh Nabi Ibrahim menyembelih anaknya yang bernama Ismail. Selepas dari mendapat mimpi itu, Nabi Ibrahim pun memberitahu isterinya yang bernama Siti Hajar.

Maka berbincanglah Nabi Ibrahim, Siti Hajar dan Ismail. Siti Hajar berkata, “Mungkin mimpimu itu hanya mainan tidur saja tetapi kalau mimpi itu merupakan wahyu, wajiblah dituruti.” Apabila mendengar kata-kata ibunya, Ismail berkata kepada bapanya, “Ayahku, sekiranya ini merupakan wahyu dari Allah S.W.T., aku sedia merelakan diriku untuk disembelih.”

Setelah persetujuan dicapai, keesokan harinya Nabi Ibrahim pun membawa puteranya Ismail untuk disembelih. Perkara Nabi Ibrahim hendak menyembelih anaknya telah sampai kepada pengetahuan orang ramai. Hal ini membuat orang ramai takut sehingga ada yang mengatakan, “Nampaknya Nabi Ibrahim mungkin sudah gila hinggakan mahu menyembelih anaknya sendiri. Kalau kita biarkan perkara ini, nanti kitapun akan dibunuhnya.”

Walau apapun tuduhan orang terhadapnya, namun Nabi Ibrahim tetap menjalankan tugas yang diperintahkan oleh Allah S.W.T terhadapnya. Setelah Nabi Ibrahim dan anaknya Ismail sampai pada tempat yang dituju, berkatalah anaknya, “Wahai ayahku, aku fikir cara yang baik untuk menyembelih adalah dengan cara aku disembelih dalam keadaan menelungkup tapi mata ayah hendaklah ditutup. Kemudian ayah hendaklah tahu arah pedang yang tajam dan ayah kenakan tepat kepada leherku.”

Kemudian Nabi Ibrahim pun melaksanakan perintah yang Allah S.W.T perintahkan dalam mimpinya. Baginda pun mengucapkan kalimah atas nama Allah lalu memancungkan pedangnya pada leher anaknya itu. Maka terperciklah darah mengenai badan Nabi Ibrahim. Sebagai seorang manusia biasa, Nabi Ibrahim pun menggeletar dan membuka penutup matanya.

Tetapi alangkah terperanjatlah apabila melihat yang disembelihnya itu bukanlah anaknya melainkan seekor kibas. Dengan memuji kebesaran Allah S.W.T, kedua-duanya pun berpeluk-peluk sambil bersyukur kepada Tuhan kerana memberi kekuatan sehingga dapat melaksanakan amanat dari Allah S.W.T.



Allahuakbar. Besarnya pengorbanan Nabi Ibrahim dalam mentaati perintah Allah......

1 comments:

THE KEHALUSAN KELEMBUTAN said...

Kisah engirbanan agong nabi Allah Ibrahim, dan Ismail serta ibunda hajar selalu menyentuh, jika dihayati bebetul