Friday, April 18, 2014

Jom Hafal Surah Al Kahfi ayat 10 Terawal dan 10 Terakhir

Salam jumaat buat pembaca blog yang saya sayang semua. Jom korang kita amalkan baca surah al kahfi setiap hari jumaat. nak hafal pon lagi bagus. baca 10 ayat terawal ni bnyak kelebihannya. jom baca apa kelebihan baca 10 ayat terawal surah al kahfi.

Kelebihan membaca surah al kahfi pada setiap hari jumaat:
1.  H.R Baihaqi) : Rasulullah bersabda: Barang siapa yang membaca Surah Al-Kahfi pada hari Jumaat, maka Allah akan meneranginya dengan cahaya dari Jumaat yang dia baca kepada Jumaat yang berikutnya.”
2. (HR Hakim 3349) : “Sesungguhnya barangsiapa membaca surah Al-Kahfi pada hari Jumaat, nescaya ia akan diterangi oleh cahaya antara dua Jumaat.”
3. (HR Ahmad) : Daripada Muaz Ibnu Anas Al-Juhari, daripada bapanya, daripada Nabi SAW baginda bersabda:
“Sesiapa membaca dari Surah Al-Kahfi, maka jadilah baginya cahaya daripada kepala hingga kakinya dan sesiapa yang membaca keseluruhannya, maka jadilah baginya cahaya antara langit dan bumi.”
4. (HR Ibnu Katsir) : Daripada Umar beliau berkata, Nabi SAW telah bersabda:
“Sesiapa membaca Surah Al-Kahfi pada hari Jumaat, maka bersinarlah cahaya daripada bawah kakinya hingga ke langit, untuknya di hari kiamat dan diampunkannya antara dua Jumaat.”
5. (Tafsir Nur Ats-Tsaqalayn 3: 243) : Rasulullah saw bersabda:“Barangsiapa yang menjaga sepuluh ayat dari surah Al-Kahfi, ia akan memiliki cahaya pada hari kiamat.” 

Hadis ini bersumber dari Abu Darda’.
Imam Ahmad berkata yang daripada Abi Darda’ ra. yakni daripada Nabi saw, Baginda SAW bersabda:
“ sesiapa yang menghafaz 10 ayat permulaan surah Al-Kahf maka terhindar daripada dajjal”
dan
Imam Ahmad berkata, daripada Abi Darda’ ra. bahawa Nabi saw bersabda : “sesiapa yang membaca 10 ayat akhir daripada surah al Al-Kahf maka terhindarlah ia daripada fitnah dajjal.”
Semoga kita semua tergolong dari orang yang dirahmati Allah dan berusaha mendekatkan diri kepada Allah, hendaklah kita ingat dengan sabda Nabi saw yang bermaksud : “sesungguhnya Allah tidak melihat gambaran lahir kamu tetapi Allah melihat batin (hati) kamu.” Sama kita amalkan pada setiap hari Jumaat.

Jadinya kat bawah ni aku sertakan sepuluh ayat terawal dan sepuluh ayat terakhir tok bacaan kit apada hari ini (JUmaat) dan insyallah pada setiap jumaat yang mendatang....

Sekian......Ingat!!!!kena amalkan...assalamualaikum...




4 comments:

Nanie said...

Insyaallah... jom amalkan!

cikpuanfairul said...

yup..jom amalkan sama2...untuk bekalan kita disana... :)

Nurul said...

Great sharing... sama2 kita amalkan... ^__^

Cik Puan Fairul said...

yup...buat bekalan kita nnti... :)