Khamis dah kan..pejam celik pejam celik dah nak wiken..aku paling takot kalo wiken..duet kuo mcm air....jom tengok quotekat bwh ni..mcm betol je kena kat aku..ke kat korang pon betol gak..alah biasala..pompuan kan...
Senyapnya lelaki adalah salah satu cara memujuk... - betul3
Senyapnya wanita menunjukkan ia merajuk.. - betul3
Senyapnya lelaki tanda ia tak ada duit... - ni lg la betolSenyapnya wanita tanda ia sorok duit... - ni dabel2 betol
Senyapnya lelaki kerana menahan geram... - ni betol gakSenyapnya wanita kerana memendam perasaan... - ni 100% betol
Senyapnya lelaki mengelak dari dipantau... - ni pon betolSenyapnya wanita sebab nak memantau... - ni pon betol okeh...kembang kempis idung nk pantau laki sendiri
Senyapnya lelaki nak elak dari terbocor rahsia... - ni lg betol...Senyapnya wanita nak korek rahsia... - ni paling2 betol sekali...
haaaa ada yang sama x..hehehehhehe...aku rasa,aku nye semua sama mcm quote yg kat atas tu...aku la kalo merajuk,memang senyap sesenyapnya...melainkan dah berjam2 aku merajuk,laki aku leh wat bodoh jer..aaaa memang lagi aku panas la kan..time tu mula la nk protes...adoiii bile dipikir2 balik,beruntungnya dapat bersuami kan laki aku tu..laki ai penyabo okeh...mcm tu la rumah tangga kan.....saling melengkapi...
******************************************************************************
Jika anda rindukan suami anda maka berdoalah semoga Allah.s.w.t melindungi dirinya.ingatlah dia meningalkn anda bukanlah dgn suka tetapi dia meningalkan anda demi mencari nafkah untuk anda dan hargailah pngorbananya.biarpun dia memberikan hadiah untuk anda dgn sehelai kain batik untuk anda.selagi ia bernilai untuk anda..bila rindukan suami sujudlah berdoalah kpd Allah supaya sampaikan rindu hati anda kpdnya..semoga apa yg dikatakan ini dpt mmberi pedoman buat kita semua.
jom isteri2 semua, kita doakan somi kiter...sapa yg xsayang somi kan...dia lah racun,dialah penawar...
*******************************************************************************
Si isteri rindukan suami. lalu, dia berniat untuk menghantar mesej kepada suaminya yang sedang bekerja. Setelah cuba untuk menaip, dia meletakkan semula handphonenya di atas meja tanpa menghantar mesej yang telah ditaip sebentar tadi.
''sayang rindu abang, tapi tak mungkin sayang ganggu abang bekerja. abang, jangan lupa sayang tau'' bisik hatinya.'tut tut, tut tut' tiba-tiba satu mesej masuk ke dalam handphone. si isteri membacanya dan tersenyum.
''sayang, abang dapat mesej dari hati yang sayang rindukan abang. sayang jangan risau ya, abang pun rindukan sayang''
alololoooo sweet banget ni..tapi somi aku bukan la jenis gitu...jauh api dari panggang..kot aku msj time keje pon,memang xde nye dia balas...sabo je la kan..ketahuilah abang,bini mu memerlukan perhatian yang lebih...kihkihkihkihkih....binimu kurang kasih sayang....hukhukhuk
0 comments:
Post a Comment